ARTIKEL

Indonesia's President Joko Widodo delivers his speech during the opening ceremony of the ASEAN Summit in Jakarta on September 5, 2023. (Photo by Dita Alangkara / POOL / AFP)

Indonesia hantar bantuan kemanusiaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Kerajaan Indonesia serta beberapa agensi kemanusiaan, sedia menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Semenanjung Gaza yang terjejas akibat konflik terbaharu antara Israel dengan Hamas.

“Ia selari dengan arahan Presiden Joko Widodo (Jokowi) kepada Menteri Luar, Retno Marsudi supaya menyalaras penghantaran bantuan kerajaan dan masyarakat ke Gaza,” kata jurucakap Kementerian Luar, Muhamad Iqbal pada sidang media pada Rabu.

Menurut Iqbal bantuan kemanusiaan itu yang mengandungi barangan keperluan untuk penduduk Palestin, dihantar pada akhir minggu ini.

Butiran lanjut penghantaran masih dibincangkan antara kerajaan dengan beberapa organisasi terlibat. “Bantuan ini dihantar kepada Bulan Sabit Merah Mesir yang mengedarkannya ke Gaza oleh UNRWA.

Bulan Sabit Merah Mesir merupakan organisasi tunggal yang dibenarkan untuk mengedar bantuan ke Gaza,” katanya.

Bulan Sabit Merah Indonesia (PMI) juga menyumbang bantuan kemanusiaan mengandungi kit kesihatan, genarator serta tabung oksigen yang kesemuanya bernilai Rp2.9 bilion ke Gaza.

“Sehingga kini kami masih menunggu kelulusan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dapat mengesahkan jenis bantuan memasuki Gaza,” menurut pegawai PMI Niniek Kun Naryatie.

Sementara itu, Indonesia Humanitarian Alliance (IHA) berjaya mengumpul Rp5 bilion daripada orang ramai untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.

Buat permulaan, IHA membantu dalam bentuk makanan sedia dimakan, selimut dan tilam. Penghantaran diselaraskan dengan kerajaan pada hujung minggu ini.

Agensi Amal Zakat Indonesia (Baznas) pula berjaya mengumpul sumbangan Rp10 bilion daripada orang ramai setakat ini dan meneruskan usaha mengumpul dana sehingga mencapai sasaran sebanyak Rp20 bilion.

Selain menerima dana daripada pejabat perwakilan Baznas di semua wilayah, daerah dan bandar di Indonesia, sumbangan turut diterima daripada rakan kongsi termasuk platform Kitabisa, ayobantu.com, Shopee, Tokopedia, Bukalapak dan Blibli. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU