ARTIKEL

Kredit: Bakamla

Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pengawal Pantai Indonesia (Bakamla) bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan pembebasan tiga nelayan Indonesia yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.

“Ketiga-tiga anak kapal, termasuk kapten, kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri,” menurut direktorat kerjasama Bakamla, Kolonel Tatang dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah.

“Dengan hubungan kukuh antara Bakamla RI dan APMM, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan nelayan dapat dikembalikan ke Indonesia,” tambahnya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU