JAKARTA: Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia memusnahkan 1.1 tan dadah yang dirampas dalam empat operasi sekitar 14 Februari sehingga 25 Februari.
Timbalan Pembasmian BNN, I Wayan Sugiri berkata sebanyak 757,763 kilogram ganja dan 356,622.10 kilogram syabu dimusnahkan di BNN Cawang, Jakarta Timur.
“Pemusnahan kali ke dua tahun ini berjaya menyelamatkan satu juta rakyat daripada potensi penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.
Dadah yang terkumpul hasil rampasan di Sumatera Utara, Banten, Riau dan Tangerang ekoran penahanan 15 suspek disyaki terlibat dalam rangkaian sindiket dadah domestik dan antarabangsa.
“BNN menahan tiga suspek berserta 37.42 kilogram syabu di Riau susulan maklumat tentang adanya penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia melalui perairan Dumai,” kata Wayan.
Pada 18 Januari lalu, BNN memusnahkan 222,697 kilogram dadah jenis ganja. – Bernama