ARTIKEL

Amran berkata program itu menyasarkan 1.5 juta hektar kawasan pertanian. - Foto X/Andi Amran Sulaiman

Indonesia Peruntuk Dana Tingkat Pengairan Tangani Kesan El Nino

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia memperuntukkan lebih 3 trilion rupiah Indonesia (kira-kira US$175 juta) bagi memperkukuh sistem pengairan menjelang ramalan musim kemarau yang berpanjangan, kata Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman pada Selasa, lapor Xinhua.

Amran berkata program itu menyasarkan 1.5 juta hektar kawasan pertanian. Ia memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh infrastruktur, mengoptimumkan penggunaan tanah, dan penggunaan pam air.

Di sebalik tinjauan iklim tersebut, Amran berkata stok makanan negara kekal mencukupi untuk tempoh 11 bulan, jauh melangkaui unjuran tempoh enam bulan fenomena El Nino.

Menteri itu menekankan bahawa kejayaan program berkenaan bergantung kepada penyelarasan antara kerajaan pusat dan wilayah bagi menjamin keselamatan makanan serta melindungi mata pencarian petani.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan