ARTIKEL

Indonesia puji penanaman teh gaharu di Lubok Antu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTUSSIBAU (Kalimantan Barat): Indonesia memuji Inisiatif Iklim Antarabangsa (IKI) WWF Malaysia dengan menanam teh gaharu secara ladang di Lubok Antu.

Ketua Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah Kabupaten Kapuas Hulu Budi Prasetiyo berkata, inisiatif penanaman teh gaharu dilihat mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

“Hasil lawatan balas kita ke Malaysia, kita amat berminat dengan penanaman teh gaharu secara ladang di Lubok Antu.

“Jadi kita boleh lakukan perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertemuan bersama rombongan WWF Malaysia dan lima pengamal media berpangkalan di Sarawak di Daerah Putussibau di sini, semalam.

Bagaimanapun, Budi turut memuji usaha WWF Indonesia menjalankan projek IKI di Kampung Mentawit dan Kelakar di Hulu Gurung dalam penanaman getah.

“Di bawah projek IKI, penanaman getah dilakukan menggunakan sistem kawalan dalaman (ICS) bagi menjaga kualiti pengeluaran susu getah.

“Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan penduduk setempat malah mampu membantu kita dalam memulihara alam sekitar,” jelasnya.

Katanya, hasil kajian komprehensif bersama WWF Indonesia, kedua-dua kampung itu dipilih untuk menjadi projek perintis.

“Kerjasama dengan WWF Indonesia kita lakukan tiga tahun lalu untuk pelaksanaan projek IKI ini.

“Sebanyak tujuh desa berpotensi dibangunkan dalam bidang pertanian di wilayah ini,” ujarnya.

Projek IKI bertujuan membangunkan konsep pengurusan ekonomi hijau yang mempromosikan penggunaan dan pengeluaran hasil sumber alam semula jadi.

Berkeluasan dua juta hektar, projek IKI merangkumi bahagian utara Kalimantan Barat sehingga ke bahagian tengah Sarawak.

Ia juga dikenal pasti sebagai projek Koridor Antara Sempadan Jantung Borneo (HoB)

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU