ARTIKEL

Kredit: Kementerian Perindustrian Indonesia | BERNAMA

Indonesia teruja kerjasama dengan Turkiye dalam sektor peranti perubatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Kementerian Perindustrian Indonesia baru-baru ini menganjurkan forum perniagaan mengenai sektor peranti perubatan di Istanbul, Turkiye bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pemain industri dari kedua-dua negara.

Menurut kementerian, acara itu yang menyasarkan pasaran Eropah dan Asia Barat, berusaha untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pengedaran, penyelidikan, pembangunan dan pelaburan.

Inisiatif itu juga menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman, termasuk perjanjian pengedaran antara PT Haloni Jane Tbk dan ERK Medikal Saglik Hizmetleri untuk bekalan sarung tangan lateks bernilai US$9 juta (US$1=RM4.73).

PT Atra Widiya Agung dan Uzman Sterilisation System turut memeterai perjanjian untuk bekerjasama dalam pemasangan dan pengedaran sistem kontena di Indonesia dari 2024 hingga 2027 dengan nilai US$1.5 juta.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan eksport bagi sektor peranti perubatan tempatan,” kata Pengarah Industri Pemesinan kementerian, Yan Sibarang Tandiele dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa industri logam, mesin, peralatan pengangkutan dan elektronik Indonesia kini berkembang pada kadar 12.09 peratus.

Pada masa ini, Persatuan Pengilang-pengilang Peranti Perubatan Indonesia terdiri daripada 209 syarikat yang menghasilkan barangan seperti ventilator, perabot hospital dan pakaian perubatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha