ARTIKEL

LAWATAN... Noraini ketika mengadakan lawatan ke tapak fasiliti pemprosesan lada serta makmal MPB.

Industri lada terus berkembang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Industri lada negara menunjukkan perkembangan positif apabila menyumbang sekitar RM2.27 bilion tahun lepas, berbanding RM2.24 bilion pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata sehingga akhir 2025, keluasan penanaman lada di Malaysia dianggarkan kira-kira 8,200 hektar, dengan majoriti pengeluaran tertumpu di Sarawak

. “Industri ini turut disokong oleh kira-kira 39,000 pekebun, sekali gus memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi komuniti luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan Lawatan Kerja Industri Lada ke Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Noraini berkata dari segi eksport, Malaysia mencatatkan eksport komoditi lada sebanyak 4,344 tan metrik dengan nilai sekitar RM179.78 juta pada tahun lepas, mencerminkan permintaan berterusan terhadap lada berkualiti tinggi dari Malaysia di pasaran global.

Beliau berkata pemain industri lada perlu terus memperkasakan pendekatan berasaskan inovasi dan rantaian nilai, termasuk pembangunan produk hiliran serta penjenamaan yang lebih strategik bagi meningkatkan daya tahan industri.

“Dalam menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, ketidaktentuan harga dan tuntutan kualiti yang tinggi, teknologi bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan bagi memastikan industri lada kekal mampan dan berdaya saing.

“Oleh itu, kerajaan akan terus komited untuk memastikan sektor lada terus diperkembang sebagai subsektor agrikomoditi bernilai tinggi melalui peningkatan produktiviti, pemerkasaan teknologi serta pengukuhan akses pasaran antarabangsa,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU