ARTIKEL

Industri sarang burung walet perlu ikut garis panduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengusaha industri sarang burung walet di Sarawak perlu memastikan pengoperasian mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, menegaskan bahawa ia bagi mengelakkan kesan negatif terhadap kesihatan awam dan alam sekitar.

“Kita mempunyai prosedur yang jelas, tetapi ada industri yang membangunkan premis mereka di lokasi yang tidak dibenarkan seperti di rumah kedai di kawasan bandar,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka di kediamannya di Demak Baru.

Menurut beliau, permohonan untuk menjalankan industri ini perlu dikemukakan kepada Majlis Perancangan Negeri (SPA) melalui Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) untuk pertimbangan.

“Setiap permohonan dinilai mengikut garis panduan sedia ada. SPA dibahagikan kepada beberapa peringkat, termasuk SPA 1 yang dipengerusikan oleh Premier Sarawak, SPA 2 di bawah Timbalan Premier, dan SPA 4 diketuai saya sendiri.

“Kita menggalakkan industri ini untuk berkembang kerana ia mempunyai potensi besar, tetapi pengusaha perlu mengikuti prosedur yang kita tetapkan,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan rumah burung walet di kawasan tidak sesuai bukan sahaja melanggar peraturan perancangan bandar, tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar.

Dari segi pasaran, Len Talif menjelaskan bahawa industri sarang burung walet, seperti komoditi lain, mengalami turun naik dalam permintaan.

Bagaimanapun, beliau percaya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ialah kunci untuk memastikan industri ini terus berkembang secara mampan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU