ARTIKEL

Gambar Hiasan

Industri sawit kekal stabil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGI: Industri sawit negara dijangka keka lstabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghan berkata hala tuju industri sawit pada 2026 tidak lagi bergantung kepada pembukaan kawasan baharu selari dengan komitmen Malaysia untuk menghentikan aktiviti penebangan hutan, sebaliknya memfokuskan kepada peningkatan produktiviti di kawasan sedia ada seluas kirakira 5.7 juta hektar.

“Kita tidak lagi membuka kawasan baharu.

Dunia hari ini mahu kelapa sawit yang mampan.

Jadi fokus kita adalah untuk meningkatkan hasil melalui penggunaan bahan tanaman berkualiti, amalan pertanian baik serta teknologi yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2025 di sini.

Johari berkata strategi berkenaan akan terus disokong oleh R&D bagi meneroka aplikasi baharu minyak sawit, bukan sahaja untuk sektor makanan tetapi juga produk bukan makanan, sekali gus memperluas penggunaan dan nilai tambah komoditi itu di peringkat global.

Mengulas peranan MPOB, beliau berkata agensi berkenaan telah menyumbang secara ketara kepada pembangunan industri sawit negara, khususnya melalui R&D yang konsisten dan berimpak tinggi sejak lebih dua dekad lalu.

“Dalam tempoh kira-kira 25 tahun, lebih 700 projek R&D telah dijalankan dan sekitar 200 daripadanya berjaya dikomersialkan.

Inilah yang meningkatkan penggunaan minyak sawit secara drastik, termasuk dalam produk makanan dan bukan makanan di banyak negara,” katanya.

Menurut beliau, kesinambungan R&D amat penting untuk memastikan industri sawit terus berkembang, dengan aplikasi yang sentiasa bertambah dan mampu dikomersialkan secara berkesan.

Johari berkata hasil daripada usaha itu, eksport sawit negara telah mencapai sekitar RM95 bilion setiap tahun dari 2022 hingga 2024, selain membuka peluang ekonomi yang luas kepada rakyat tempatan bukan sahaja dari segi pekerjaan tetapi juga untuk keusahawanan.

Mengenai hala tuju jangka sederhana dan panjang, beliau menegaskan penanaman semula merupakan antara agenda utama yang perlu dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan kemampanan hasil.

“Penanaman semula tidak boleh dibuat sekali gus.

Sama ada syarikat besar atau pekebun kecil, ia perlu dilakukan secara berperingkat supaya pendapatan masih dapat dijana sementara pokok baharu mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk berbuah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menyediakan peruntukan tahunan sekitar RM100 juta untuk membantu pekebun kecil bebas melaksanakan penanaman semula, bagi memastikan hasil mereka tidak merosot dan kebajikan keluarga terus terpelihara.

Sementara itu, mengulas sama ada peningkatan pengeluaran akan menurunkan harga, beliau berkata harga minyak sawit mentah banyak bergantung kepada tahap permintaan dan kepelbagaian aplikasi.

“Jika penggunaan hanya terhad kepada minyak masak, harganya ada had tertentu.

Tetapi apabila aplikasi semakin luas, permintaan meningkat dan harga kekal kukuh dan ketika ini harga sekitar RM4,000 satu tan, berbanding RM1,800 hingga RM2,000 satu tan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan sokongan terhadap industri sawit negara kekal kukuh, didorong oleh asas permintaan yang mampan dan nilai tambah melalui inovasi berterusan. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha