ARTIKEL

Mohamad Helmy (dua kanan) mewakili Noraini menyempurnakan Penganugerahan Sijil CoPM kepada salah seorang penerima sempena perasmian Seminar Kebangsaan Mengenai Alam Sekitar, Kualiti Pengilangan dan Penapisan Minyak Sawit 2026 (POMREQ 2026) di Hotel Pullman Kuching, hari ini.

Industri sawit Malaysia perlu perkukuh standard kualiti, keselamatan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Industri sawit Malaysia perlu terus memperkukuh standard kualiti dan keselamatan makanan untuk memastikan minyak tersebut lebih diyakini pengguna serta memenuhi piawaian pasaran antarabangsa yang semakin berkembang.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, perkara tersebut penting kerana kita-kira 75 peratus daripada pengeluaran minyak sawit digunakan dalam produk makanan.

Justeru, perkara berkenaan sekali gus menjadikan kualiti dan keselamatan makanan bukan perkara kecil kerana berkait secara langsung dengan keyakinan pengguna ke atas minyak sawit Malaysia.

Mohamad Helmy ketika sidang media.

“Melalui komitmen industri serta penyelidikan dan kawal selia oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Malaysia berjaya menangani isu berkaitan bahan cemar 3-monochloropropanediol esters (3-MCPDE) serta glycidyl esters (GE).

“Pencapaian ini membuktikan bahawa apabila kerajaan, industri dan penyelidik bergerak bersama, kita mampu memberi respons ke atas perubahan piawaian pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Pengerusi MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha pada perasmian Seminar Kebangsaan Mengenai Alam Sekitar, Kualiti Pengilangan dan Penapisan Minyak Sawit 2026 (POMREQ 2026) di Hotel Pullman Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, tambahnya, industri turut berhadapan cabaran dengan isu hidrokarbon minyak mineral (MOH) yang merangkumi hidrokarbon tepu minyak mineral (MOSH) dan minyak mineral hidrokarbon aromatik (MOAH).

“Cabaran seperti ini perlu ditangani lebih awal. Kita tidak boleh menunggu sehingga sesuatu isu memberi kesan kepada penerimaan pasaran sebelum tindakan diambil.

“Sebab itu, saya menyambut baik pelancaran Code of Good Milling Practice for Palm Oil Mills (CoPM) Edisi Ketiga, ia menyediakan panduan menyeluruh kepada industri dalam aspek keselamatan makanan, kawalan kualiti, perlindungan alam sekitar dan keselamatan pekerjaan, termasuk langkah mengurangkan risiko bahan cemar pemprosesan seperti 3-MCPDE, GE, MOSH dan MOAH,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas lanjut pada sidang media, Helmy memaklumkan penguatkuasaan piawaian 3-MCPDE dan GE untuk industri sawit negara adalah pada 1 Januari tahun hadapan.

Jelasnya, tugas mereka nanti juga untuk memastikan industri mengemukakan data berkaitan dalam usaha memastikan minyak sawit yang dihasilkan mematuhi piawaian ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Helmy juga memberitahu sawit juga memainkan peranan yang besar dalam biodiesel dan kerajaan juga memperluas pelaksanaan program adunan biodiesel dengan memperkenalkan mandat B15 bagi sektor pengangkutan di seluruh negara mulai 1 Jun lalu.

“Sarawak juga sebenarnya mempunyai pengalaman lebih awal dalam pelaksanaan biodiesel. Program biodiesel B20 dilaksanakan di seluruh Sarawak sejak September 2020, jadi itulah salah satu lagi peranan yang dimainkan oleh industri sawit kita,” jelasnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi