KUCHING: Modus operandi jenayah e-dagang adalah dengan menjerat mangsa melalui eksploitasi emosi.
Antaranya mangsa akan melihat jualan di media sosial.
Selepas itu suspek menawarkan harga yang jauh lebih murah di pasaran.
Mangsa kemudiannya diminta buat bayaran segera tetapi barang tidak akan diterima dan kemudiannya mereka akan gagal dihubungi.
Sebagai langkah pencegahan maka berhati-hati dengan tawaran jualan yang ‘too good to be true’ atau hanya beli daripada laman web yang dipercayai sahaja.




