ARTIKEL

Inisiatif Gerbang Umrah Kuching mula September depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching bakal menjadi hub umrah sebaik sahaja Inisiatif Gerbang Umrah Kuching (KUG) bermula pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman berkata, operasi yang dijangka bermula pada musim umrah yang akan datang itu menjadikan bahagian ini sebagai lokasi perhentian jemaah umrah sebelum atau selepas mereka terbang ke Jeddah atau Madinah.

Katanya, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) telah menandatangani MOA berkaitan Inisiatif KUG pada 6 Oktober 2022.

“Inisiatif ini akan menyediakan penerbangan terus dari Kuching ke Jeddah dan Madinah di Arab Saudi bermula 2023.

“Kami mengunjurkan lebih 200,000 ketibaan pelawat dalam lingkungan enam tahun melalui KUG,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU