ARTIKEL

Royston menggunting rambut salah seorang pelajar sebagai simbolik Program ‘Back To School’ Gunting Rambut Percuma, di sini, hari ini.

Inisiatif gunting rambut percuma suntik semangat pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program ‘Back To School’ Gunting Rambut Percuma anjuran Masjid Setia Raja dan tukang gunting rambut tempatan merupakan satu inisiatif yang baik dan perlu diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, ramai yang mendapat manfaat daripada program ini.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang beragama Islam, malah seluruh masyarakat Mukah yang terdiri daripada pelbagai agama.

“Di samping itu, program ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga untuk mempersiapkan anak mereka turun ke sekolah pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program ‘Back To School’ Gunting Rambut Percuma, di Masjid Setia Raja, di sini, hari ini.

Jelasnya, program itu juga mendorong pelajar supaya lebih bersemangat turun ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.

Difahamkan, program ini adalah khas untuk 100 orang pelajar terawal terdiri daripada sekolah rendah dan menengah.

Dalam pada itu, Royston turut mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadan pada minggu hadapan.

“Diharapkan semua program yang dirancang sepanjang bulan Ramadan berjalan dengan lancar,” tambahnya.

RAKAM KENANGAN…Royston merakam kenangan bersama yang lain dalam program tersebut.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu