ARTIKEL

P1-P2: Gambar insiden letupan membabitkan sebuah kilang perindustrian di Taman Perindustrian Samalaju yang diambil menerusi rakaman video yang tular di laman sosial.

Inside letupan kecil melibatkan mesin pemanas di sebuah kilang perindustrian berjaya ditangani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Satu insiden letupan kecil melibatkan mesin pemanas berlaku di sebuah kilang perindustrian di Taman Perindustrian Salamaju, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.12 petang.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, diketuai oleh PB Elvinas Lai, tiba di lokasi hanya empat minit kemudian dengan sebuah jentera dan tiga anggota.

Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan peralatan ‘Surnes Heating’ telah pun dipadamkan sepenuhnya oleh pihak kilang.

Tiada kebakaran aktif atau letupan susulan yang berlaku, dan keadaan terkawal sepenuhnya pada jam 3.40 petang.

JBPM Sarawak memuji tindakan pantas pihak kilang yang berjaya mengawal insiden tersebut sebelum ia menjadi lebih serius.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan