ARTIKEL

Datuk Abdul Halim Kader

Insiden Sempadan Thailand-Kemboja Tidak Jejas Kejohanan Piala Raja Thai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penganjuran kejohanan Piala Raja Thai ke-38 di Hatyai berlangsung dengan aman dan terkawal, menurut Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) susulan kebimbangan berhubung keselamatan serantau.

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata Hatyai tidak terjejas dengan insiden pertempuran ketenteraan yang berlaku baru-baru ini, berhampiran sempadan Thailand-Kemboja yang terletak lebih 900 kilometer dari lokasi kejohanan.

“Kami menggalakkan semua peserta, khususnya penyokong dari Malaysia dan Singapura meneruskan hasrat mereka untuk hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia dan Singapura yang beraksi dalam kejohanan sepak takraw antarabangsa berprestij itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Halim berkata pihak berkuasa Thailand menambah jumlah anggota keselamatan dan  mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua penginapan rasmi serta lokasi pertandingan, iaitu di Hatyai Hall di kompleks beli-belah Central Hatyai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua 18 pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan kembali ke hotel penginapan rasmi masing-masing sejurus tamat perlawanan. 

Semalam, media melaporkan seorang penduduk tempatan Thailand maut manakala tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dalam pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian, pagi Khamis.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu berdepan kemelut pertikaian sempadan sepanjang 817 kilometer sekali gus mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua pihak. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi