ARTIKEL

Abang Johari semasa menyampaikan ucaptama Memaju Masa Depan Mapan: Sorotan di Sarawak sempena Persidangan RAM Sarawak 2024 di Hotel Sheraton Kuching, hari ini.

Institusi perbankan diseru bantu cari jalan, pendekatan bagi membiayai projek perubahan iklim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institusi perbankan diseru untuk membantu Sarawak mencari jalan dan pendekatan bagi membiayai projek berkaitan perubahan iklim di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Tun Openg berkata, perkara tersebut penting kerana pelaksanaan projek dalam menangani perubahan iklim memerlukan kos yang tinggi dan peralatan canggih.

Mengambil contoh inisiatif penanaman pokok, tambahnya projek tersebut memerlukan kos pembiayaan kerana ia mengambil masa untuk membesar.

Abang Johari (kanan) menerima Anugerah Sustainability Steward of the Year yang disampaikan oleh Kamaruddin Taib.

“Dari segi pemulihan modal, ia mengambil masa dan kerana terdapat kebarangkalian pokok tidak tumbuh disebabkan pelbagai faktor.

“Terdapat risiko di sini tetapi apabila kita melihat dari segi analisis kos faedah, mungkin faedah lebih daripada kos. Justeru, saya serahkan kepada komuniti perbankan untuk meneliti perkara tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, beliau memaklumkan bahawa Sarawak ialah satu-satunya negeri yang memiliki undang-undang berhubung perdagangan karbon iaitu Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023).

“Ekoran itu, Kerajaan Persekutuan juga akan memperkenalkan undang-undang perdagangan karbon dalam persidangan Dewan Rakyat pada Disember ini.

“Undang-undang ini mengawal selia aktiviti penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta menyediakan rangka kerja untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam inisiatif kelestarian Malaysia,” tegasnya.

Acara tersebut turut menyaksikan Abang Johari menerima anugerah Sustainability Steward of the Year yang disampaikan oleh Pengerusi RAM Holdings Sdn Bhd, Datuk Kamaruddin Taib.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU