ARTIKEL

Bujang (duduk tengah) bersama yang lain menandatangani IBR disaksikan oleh Ikhwan (berdiri tengah) semasa Majlis Penangguhan Program Integriti Teras Kompetensi Cemerlang Pentadbiran Bahagian Mukah 2026, hari ini.

Integriti Perlu Jadi Pegangan Utama Penjawat Awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Integriti perlu menjadi pegangan utama setiap penjawat awam bagi memelihara kepercayaan rakyat dengan perkhidmatan awam serta memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.

Residen Bahagian Mukah Bujang Rahman Seli berkata, kecemerlangan organisasi bukan sahaja bergantung pada kecekapan dan pencapaian kerja.

Menurutnya, ia ditentukan dengan kejujuran, akauntabiliti serta keupayaan pegawai membuat keputusan berlandaskan peraturan dan kepentingan awam.

Bujang menyerahkan dokumen IBR kepada Ikhwan dalam majlis tersebut.

“Kompetensi tanpa integriti boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat.

“Justeru setiap penjawat awam perlu menolak salah laku, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan konflik kepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam Majlis Penangguhan Program Integriti Teras Kompetensi Cemerlang Pentadbiran Bahagian Mukah 2026 di Dewan Majlis, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah), di sini, hari ini.

Bujang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta dalam program itu.

Menyentuh program tersebut, katanya keberkesanan perlu dinilai berdasarkan perubahan sikap dan amalan kerja peserta, bukan sekadar kehadiran atau kelancaran pelaksanaannya.

Rahman turut menggesa peserta menerapkan nilai integriti dalam tugas harian, termasuk mematuhi waktu bekerja, memberikan layanan adil kepada pelanggan dan menggunakan sumber kerajaan secara bertanggungjawab.

RAKAM KENANGAN… Bujang merakam kenangan bersama yang lain selepas program tersebut.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sibu, Ikhwan Mohd Ibrahim.

Peserta program turut mendengar ceramah daripada Penceramah Akademi Magnet Sukses, Amin Idris.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU