ARTIKEL

Internet di Jemoreng “super tenat”

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masalah internet yang sudah “super tenat”, adalah antara perkara yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng Juanda Jaya untuk perhatian segera kerajaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Jelasnya liputan internet yang sangat lemah di kawasannya menyebabkan para pelajar khasnya terjejas kerana sukar mengikuti sesi pembelajaran dalam talian.

“Pohon sangat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) ambil perhatian berat.

“Bantu kami, anak-anak kami sedang belajar dalam talian dari peringkat tadika hingga universiti.

“Semoga bajet yang ada sebut VSAT boleh selesaikan masalah ini tetapi kami juga mahukan penyelesaian segera melalui Sacofa dan sebagainya,” katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2021.

Selain itu, Juanda juga menggesa agar rumah panjang Melanau di Sok dibaik pulih segera memandangkan permohonan itu telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada tahun lepas.

Pada masa sama, beliau berkata Jalan Kebuaw ke Sibu yang telah disebut Abang Johari di lima tempat berbeza yang akan menjadi pengubah kepada kawasan pesisir Melanau juga perlu diletakkan dalam bajet.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU