ARTIKEL

Wan Mohamad Ali bergambar kenangan bersama warga IPD Betong pada Perhimpunan Bulanan dan Program Lafaz Ikrar Dadah serta Ikrar Bebas Rasuah di dataran kawad, hari ini.

IPD Betong mantapkan budaya kerja profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong digesa agar terus mengekalkan integriti dan profesionalisme serta menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan rasuah.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan (DSP) Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata komitmen berterusan seluruh warga IPD Betong amat penting bagi memastikan pasukan kekal bebas daripada sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya mengharapkan semua warga IPD Betong dapat menunjukkan komitmen berterusan dalam mengekalkan integriti, profesionalisme serta menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan rasuah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Program Lafaz Ikrar Dadah serta Ikrar Bebas Rasuah di dataran kawad, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua warga kerja supaya mengisi Borang Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah bagi tahun 2026, selain melengkapkan Modul Latihan Malaysia Madani Perkhidmatan Awam (MMPA) melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) serta Modul Latihan Asas Kecergasan Buatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Wan Mohamad Ali turut menekankan keperluan mempertingkatkan gerak kerja secara konsisten, di samping menghargai pencapaian yang telah direkodkan IPD Betong sebelum ini.

Beliau menyifatkan pelaksanaan program sedemikian mencerminkan komitmen IPD Betong dalam memperkukuh nilai integriti, disiplin dan kecemerlangan perkhidmatan selaras dengan aspirasi PDRM.

Seusai perhimpunan yang disertai 88 warga IPD Betong, Wan Mohamad Ali menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Betong.

Pada majlis itu, Sarjan Sylvester Sem disematkan pangkat Pemangku Sarjan Mejar (SM).

Seterusnya, berlangsung upacara serah terima tugas antara Timbalan Ketua Balai Polis Betong, Sarjan Ambia Jali selaku penyerah tugas, kepada SM Sylvester Sem sebagai penerima tugas yang juga Ketua Balai Polis Betong yang baharu.

Wan Mohamad Ali menegaskan kepentingan peranan semua ketua dalam memastikan kehadiran serta perkhidmatan PDRM sentiasa dirasai masyarakat di Daerah Betong.

Wan Mohamad Ali menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Betong antara SM Sylvester Sem (kanan) dan Sarjan Ambia Jali, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU