ARTIKEL

IPD Kuching periksa 388 kenderaan dalam operasi di Sekama dan Tabuan Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 83 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam dua siri Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 14 dan 15 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, saman PDRM (K) 257 itu dikeluarkan hasil pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan sepanjang kedua-dua operasi berkenaan.

“Operasi itu turut menyaksikan seramai 437 individu diperiksa, terdiri daripada 317 lelaki dan 120 wanita, selain 388 buah kenderaan dan melibatkan 96 buah motosikal, 267 motokar dan 25 kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan pada 14 November di kawasan pentadbiran Balai Polis Sekama, polis turut menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek ditahan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Alexson berkata, kedua-dua operasi itu dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam hingga 5 pagi, dengan tumpuan di kawasan pentadbiran Balai Polis Sekama pada 14 November dan Balai Polis Tabuan Jaya pada 15 November.

Beliau menegaskan operasi seumpama itu akan terus dipergiatkan menerusi pendekatan pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih berfokus, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko mempunyai kegiatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuching menerusi talian 082-244444 atau hadir ke balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU