ARTIKEL

IPU di Serian melonjak 241

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jerebu semakin memburuk di Sarawak apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melonjak kepada 241, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen pemantauan di IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi di Sarawak, manakala lapan kawasan lain turut mencatat IPU pada tahap tidak sihat antara 101 hingga 200.

Sri Aman merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 189, diikuti Kuching (186), Samarahan (179), Sarikei (173), Sibu (156), Bintulu (154), Samalaju (145) dan Kapit (129).

Dalam pada itu, hanya tiga kawasan yang mencatatkan bacaan di bawah paras 100, iaitu Mukah dengan 96, Miri (77) dan ILP Miri (77).

Berdasarkan skala IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Peningkatan pencemaran udara itu turut menyebabkan 509 sekolah rendah dengan keseluruhan 107,590 murid serta 82 sekolah menengah melibatkan 89,733 pelajar di bawah seliaan 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak ditutup sejak semalam.

Sementara itu, keadaan jerebu ini dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang sekiranya aktiviti pembakaran biojisim di luar Sarawak terus meningkat.

Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) bagi tempoh 1 hingga 19 Ogos 2026, sebanyak 148 titik panas dikesan di Sarawak, manakala 7,286 titik panas direkodkan di Kalimantan, Indonesia.

Orang ramai dinasihatkan supaya memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan mengurangkan aktiviti luar, terutama ketika bacaan berada pada tahap tidak sihat atau lebih tinggi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU