KOTA SAMARAHAN: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian mencatat bacaan 495 pada jam 7 pagi hari ini.
Berdasarkan bacaan di portal rasmi MyEQMS, IPU tersebut berada pada tahap berbahaya.
Masyarakat dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara kekal pada tahap berbahaya.
Bacaan berkenaan berdasarkan maklumat Air Pollutant Index Management System (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang boleh diakses melalui portal rasmi MyEQMS di https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

