ARTIKEL

JEREBU... Keadaan di sekitar Kuching yang dilanda jerebu, hari ini. Foto Nur Aiman

IPU Serian cecah 191, semakin menghampiri tahap sangat tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Serian semakin menghampiri paras kualiti udara sangat tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 191 setakat jam 5 petang hari ini.

Bacaan berkenaan merupakan yang tertinggi direkodkan di Sarawak, sekali gus menunjukkan keadaan jerebu semakin membimbangkan di beberapa kawasan.

Samarahan merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 169, diikuti Kuching dengan 166.

Bintulu pula mencatatkan bacaan IPU 159, manakala Sri Aman merekodkan bacaan 156.

Sarikei, Sibu dan Similajau masing-masing mencatatkan bacaan 155, sementara Mukah merekodkan 154.

Miri pula mencatatkan bacaan 142, diikuti ILP Miri dengan 121.

Kapit dan Limbang masing-masing merekodkan bacaan 79 dan 73, yang menunjukkan kualiti udara di kedua-dua kawasan berkenaan masih berada pada tahap lebih baik.

Bacaan 191 di Serian hanya sembilan mata di bawah paras 200, iaitu tahap yang perlu diberi perhatian serius susulan keadaan jerebu yang semakin buruk.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU