ARTIKEL

IPU Serian cecah 519, tahap sangat berbahaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian mencecah 519, sekali gus berada pada tahap sangat berbahaya setakat jam 3 petang hari ini.

Berdasarkan bacaan Perbadanan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), empat lagi kawasan merekodkan IPU pada tahap berbahaya, iaitu Tebedu (390), Lubok Antu (325), Lundu (321) dan Kuching (313).

Tiga kawasan pula berada pada tahap sangat tidak sihat, membabitkan Samarahan dengan bacaan 284, Sri Aman (236) dan Kanowit (207).

Lapan kawasan merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Betong (186), Sarikei (183), Sibu (181), Mukah (179), Bintulu (158), Samalaju (152), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151) dan Lawas (133).

Sementara itu, empat kawasan berada pada tahap sederhana, masing-masing Miri (97), Limbang (91), Kapit (88) dan Bario (70).

Bacaan IPU melebihi 500 dikategorikan sebagai sangat berbahaya dan berisiko tinggi kepada kesihatan awam, manakala bacaan antara 301 hingga 400 berada pada tahap berbahaya.

Pada Isnin lalu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kawasan yang merekodkan bacaan IPU mencecah 500 akan diisytiharkan darurat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Bagaimanapun, beliau berkata pengisytiharan itu hanya melibatkan lokaliti yang terjejas dan bukan seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU