ARTIKEL

Paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan IPU di Serian berada pada tahap tidak sihat setakat jam 3 petang hari ini.

IPU Serian direkod tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kualiti udara di Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menjadikannya satu-satunya kawasan di negara ini berada dalam kategori berkenaan.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 3 petang hari ini, bacaan IPU di stesen Serian direkodkan sekitar 153.

Mengikut klasifikasi JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Sementara itu, beberapa kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan sederhana, termasuk Samarahan, Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Kapit dan Limbang.

Di Semenanjung, semua stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik dan sederhana.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU