ARTIKEL

Piala Anugerah yang diterima oleh JKR Sarawak.

Jambatan Muara Lassa Diiktiraf, Bukti Kecemerlangan Kejuruteraan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan Projek Jambatan Muara Lassa yang menerima Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan Jalan Raya 2026, mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam membangunkan infrastruktur berkualiti tinggi.

Ia juga dapat meningkatkan kesalinghubungan, memudah cara aktiviti ekonomi dan memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Projek tersebut memenangi kategori Projek Berskala Besar bernilai lebih RM100 juta, sekali gus mengiktiraf kecemerlangan kejuruteraan infrastruktur di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang diketuai pengarahnya, Datuk Dr Cassidy Morris, bagi menyampaikan anugerah berkenaan hari ini.

Pengarah JKR, Datuk Dr Cassidy Morris menyerahkan piala anugerah kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut kenyataan media JKR, anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pada 13 Oktober 2026 sempena Persidangan dan Pameran Jalan Raya Malaysia Ke-13 serta Kongres Serantau Asia Pasifik Persekutuan Jalan Raya Antarabangsa Ke-6.

Pengiktirafan yang dianugerahkan Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia (REAM) itu mengiktiraf projek kejuruteraan jalan raya cemerlang yang dilaksanakan di Malaysia.

“Pencapaian itu turut menonjolkan kepakaran teknikal, dedikasi dan kerjasama erat antara Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), JKR Sarawak, pasukan projek, perunding, kontraktor serta pihak berkepentingan yang terlibat dalam perancangan, reka bentuk dan pembinaan jambatan itu,” katanya.

Pengiktirafan tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada JKR Sarawak untuk terus memperkukuh kecemerlangan kejuruteraan, meningkatkan pelaksanaan projek serta menyediakan infrastruktur yang selamat, boleh dipercayai dan berkualiti demi manfaat rakyat.

Jambatan Muara Lassa, Mukah sepanjang 2.43 kilometer merupakan jambatan lintasan sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Ia sekali gus menjadi projek infrastruktur penting dalam meningkatkan hubungan antara komuniti serta membuka peluang pertumbuhan ekonomi, khususnya di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

Sembilan projek infrastruktur dirancang di Meradong

KUCHING: Sebanyak sembilan projek pembangunan infrastruktur utama dan kemudahan awam akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta merancakkan

BERITA TERBARU