ARTIKEL

Mahkamah Agung Iran membatalkan hukuman mati ke aas aktivis buruh, Sharifeh Mohammadi, dan mengarahkan perbicaraan baharu. - Foto: HRA

Iran gugur hukuman mati terhadap aktivis terkenal, Sharifeh Mohammadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHRAN, Iran: Mahkamah Agung Iran telah membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas aktivis hak pekerja terkenal Iran, Sharifeh Mohammadi, menurut peguamnya pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hukuman Mohammadi akan dibicarakan semula dalam perbicaraan baharu, kata peguamnya, Ami Raissian, kepada akhbar Shargh.

Beliau ditahan di bandar Rasht, utara Iran, pada Disember tahun lalu dan sejak itu ditempatkan di beberapa penjara.

Pada Julai lalu, sebuah mahkamah revolusi di Rasht menjatuhkan hukuman mati ke atasnya atas tuduhan penentangan bersenjata terhadap republik itu.

Keluarga Mohammadi sejak itu melantik pasukan peguam baharu untuk mendesak perbicaraan semula.

Sebelum penahanannya, Mohammadi lantang memperjuangkan hak pekerja di wilayah Gilan, berhampiran Laut Caspian. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU