ARTIKEL

Iran setuju pelan buka semula Selat Hormuz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Iran dilaporkan bersetuju dengan pelan draf bagi menamatkan pertempuran dan membuka semula Strait of Hormuz, menurut laporan The New York Times.

Laporan itu memetik pegawai kanan Iran sebagai berkata pelan berkenaan melibatkan penghentian pertempuran di semua medan termasuk di Lubnan dengan fokus utama diberikan kepada pembukaan semula laluan strategik perdagangan minyak dunia itu.

Cadangan tersebut turut melibatkan penarikan balik sekatan laut United States terhadap Iran selain membenarkan kapal komersial melalui Selat Hormuz tanpa sekatan dan tanpa dikenakan tol oleh Tehran menurut Bernama.

Isu berkaitan program nuklear Iran pula akan dibincangkan secara berasingan dalam tempoh antara 30 hingga 60 hari, manakala aset Iran bernilai US$25 bilion yang dibekukan di luar negara turut dicadangkan untuk dilepaskan.

Pengantara dari Pakistan dan Qatar dilaporkan membantu memudah cara draf perjanjian itu, sementara Presiden AS Donald Trump menyatakan rundingan perjanjian tersebut sebahagian besarnya telah dimuktamadkan.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri