ARTIKEL

Iran tidak berlengah untuk serang Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau menjangkakan Iran tidak akan berlengah untuk melakukan serangan ke atas Israel.

Biden berkata, beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington berkenaan rancangan Tehran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami komited untuk mempertahankan Israel. Kami menyokong Israel. Kami membantu mempertahankan Israel dan usaha Iran tidak akan berjaya,” katanya. Apabila ditanya wartawan mesej beliau untuk Tehran, Biden menjawab; “Jangan”.

Memandangkan kemungkinan serangan tindak balas ke atas Israel, AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat.

Ancaman Iran terhadap Israel meningkat berikutan serangan udara ke atas pekarangan Kedutaan Iran di Syria pada 1 April yang membunuh beberapa jeneral tentera.- Bernama-dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan