ARTIKEL

Chong (tengah) bersama Wong (dua kiri) semasa sidang media di Sibu. | FOTO: Facebook Stanley Chiew FOTO: Facebook Stanley Chiew

Irene Wong bakal tanding kerusi DUN Pelawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: DAP Sarawak mengetengahkan calon generasi Z pertamanya apabila Irene Wong, 24, bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemilihan calon muda itu mencerminkan usaha parti membawa suara generasi muda ke dalam DUN.

Menurutnya, Wong mempunyai pengalaman selama dua tahun sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling.

“Dengan pengalaman Wong, siapa yang lebih layak mewakili suara golongan muda selain anak muda itu sendiri?” katanya pada sidang media di Sibu, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Chong mengumumkan pembantu kepada Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, iaitu Stanley Chiew, bakal bertanding di kerusi DUN Bukit Assek.

Beliau berkata, kedua-dua calon itu memahami isu setempat dan diharap dapat membawa pandangan alternatif dari Sibu ke DUN.

Sementara itu, calon DAP bagi kawasan selatan Sarawak yang berpusat di Kuching akan diumumkan pada 22 November ini.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian berlangsung pada 12 Disember 2026.

Pada PRN Sarawak Ke-12 pada 2021, DAP hanya memenangi dua kerusi, iaitu Padungan dan Pending.

BERITA LAIN

KPTM Sarawak kenal pasti tiga program diploma

KOTA SAMARAHAN: Tiga program diploma dikenal pasti untuk ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sarawak bagi memenuhi keperluan pendidikan dan tenaga kerja negeri ini. Timbalan

BERITA TERBARU

KPTM Sarawak kenal pasti tiga program diploma

KOTA SAMARAHAN: Tiga program diploma dikenal pasti untuk ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Sarawak bagi memenuhi keperluan pendidikan dan tenaga kerja negeri ini. Timbalan