ARTIKEL

Iskandar berucap pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N.67 Jepak bagi sesi 2024-2027 di sebuah hotel di Bintulu, pada Ahad.

Iskandar Turkee Seru PBB Jepak Bersatu Demi Masa Depan Parti, Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Jepak, Iskandar Turkee, menyeru semua ahli parti agar mengekalkan perpaduan dan kesetiaan selepas pemilihan ahli jawatankuasa parti.

Tegas beliau, kekuatan PBB terletak pada solidariti tanpa kompromi.

“Jika ada pemilihan, kelak pasti ada yang kalah dan menang, tetapi kita hendaklah kembali akrab. Jangan berpecah-belah kerana jika kita berpecah, pihak lain pasti mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N.67 Jepak bagi sesi 2024-2027 yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Di Pertua PBB Sarawak merangkap Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel, di sini pada Ahad.

Menurut Iskandar yang juga Adun Jepak, PBB Jepak harus menjadi contoh kepimpinan yang kukuh dan bersatu di bawah satu panji.

Iskandar juga memberi peringatan bahawa menjaga maruah parti dan ahli adalah tanggungjawab bersama.

Beliau yakin, dengan perpaduan yang utuh, PBB Jepak mampu terus membawa perubahan positif dan menjadi parti yang dipercayai rakyat.

“Kita bukan hanya berjuang untuk parti, tetapi untuk rakyat. Itulah amanah kita,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU