ARTIKEL

Islam Liberal kajian kritis dan mendalam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Draman Baharon

Tajuk: Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi

Tahun: 2019

Penulis: Ahmad Yumni Abu Bakar & Che Zarrina Sa’ari

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Bahasa: Melayu

Bilangan Muka surat: 156

Berat: 200gram

Buku Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi merupakan karya membahaskan sumber epistemologi yang didukung oleh golongan Islam liberal secara terperinci.

Penulis Ahmad Yumni Abu Bakar dan Che Zarrina Sa’ari mengupas isu perkembangan fahaman liberal di dunia Eropah yang mempengaruhi pemikiran golongan muda intelektual Islam di Malaysia.

Selanjutnya buku ini memperlihatkan golongan Islam liberal memperjuangkan empat agenda utama, iaitu sistem politik sekular, toleransi (pluralisme) beragama, emansipasi wanita dan kebebasan mengeluarkan pendapat.

Buku ini juga menghuraikan fahaman golongan ini terhadap sumber utama Islam iaitu al-Quran, hadis, ijmak, qiyas dan pelaksanaan hukum Islam.

Fahaman ini dikatakan menggunakan akal secara maksimum dalam penghujahan mereka.

Didapati empat agenda utama golongan ini terpengaruh dengan unsur fahaman liberal.

Golongan ini juga menggunakan metod hermeneutik dalam menafsir al-Quran.

Selain itu, mereka juga menolak hadis sahih yang bertentangan dengan rasional akal dan berpendapat bahawa ijmak tidak hanya dikhususkan kepada ulama, malah sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat. 

Golongan ini mengecam pelaksanaan hukum Islam kerana berpendapat pelaksanaan hukum tersebut mendatangkan pelbagai masalah seperti kecacatan dan huru-hara. 

BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Golongan ini juga lebih mengagungkan penggunaan akal dan bagi mereka akal ialah sumber kebenaran. 

Buku ini turut memuatkan hasil kajian secara temu bual dengan empat orang aktivis Jaringan Islam Liberal.

Kesimpulanya, golongan liberal ini menolak pelaksanaan hukum Islam kerana mereka mempunyai alasan tertentu, iaitu matlamatnya termasuk menjaga kemaslahatan masyarakat awam.

Sementara memotong tangan hanya dikenakan sekiranya mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Selain itu, penulis  berpendapat, sebagai Muslim mestilah menyokong  pelaksanaan hukum Islam bagi mendapat keredaan dan kesejahteraan Allah SWT.

Tegasnya, segala pandangan dilontarkan Jaringan Islam Liberal bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Golongan ini didapati hanya menggunakan rasional akal semata-mata kerana bagi mereka segala sumber khazanah Islam seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas perlu dikritik dan ditafsirkan semula agar bersesuaian dengan perkembangan zaman.

Bagi menjawab tentang penggunaan akal menurut perspektif Islam, penulis mengemukan pandangan para ilmuan Islam seperti al-Asy’ari, Ibn Taimiyyah, al-Ghazali dan sebagainya.

Dapat disimpulkan bahawa mereka berpendapat akal tidak dapat menentukan sesuatu kebenaran kerana, kebenaran hanya dapat diperoleh melalui perantaraan wahyu.

Diharapkan buku ini menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia bagi mengenali dan mengetahui golongan Islam liberal ini kerana ledakan pengaruhnya sudah sampai ke negara ini.

Hal ini penting untuk mencari strategi berkesan bagi menangani fahaman tersebut.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat