ARTIKEL

Israel bom Gaza, Lubnan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Israel mengebom Gaza dengan serangan udara awal Isnin setelah pesawatnya menyasarkan serangan di selatan Lubnan pada sebelah malamnya, lapor Reuters.

Serangan berlaku ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat dengan jeneral tertingginya dan kabinet perangnya untuk menilai konflik yang semakin meruncing.

Serangan Israel tertumpu di tengah-tengah Semenanjung Gaza dan utara, lapor media Palestin.

Serangan ke atas sebuah rumah berhampiran kem pelarian Jabalia, di utara Gaza, membunuh beberapa rakyat Palestin dan mencederakan yang lain, menurut laporan media itu.

Di Tebing Barat yang diduduki Israel, dua rakyat Palestin terbunuh di kem pelarian Jalazone berhampiran Ramallah, kata kementerian kesihatan Palestin pada Isnin.

Penduduk berkata, tentera Israel menyerbu kem dan melakukan tangkapan meluas. Tentera Israel belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, sekurang-kurangnya 4,600 orang terbunuh dalam pengeboman dua minggu Israel. Pemimpin Hamas Palestin, Ismail Haniyeh dan Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian dalam panggilan lewat Ahad membincangkan cara menghentikan jenayah kejam Israel di Gaza, kata Hamas dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU