ARTIKEL

Istana Budaya bakal beroperasi seawal Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Istana Budaya menyasarkan untuk kembali beroperasi seawal Julai ini selepas memenuhi sebahagian besar keperluan keselamatan bagi penggunaan pentas Panggung Sari.

Menurut Bernama, pengurusan Istana Budaya kini menyelesaikan beberapa keperluan teknikal sebelum premis itu dibuka semula kepada orang ramai.

Walaupun kerja naik taraf dan penyelenggaraan bumbung siap pada Januari lalu, penggunaan kemudahan pentas masih tertakluk kepada kelulusan keselamatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Buat masa ini, sistem pentas yang boleh bergerak masih tidak dibenarkan digunakan, manakala permohonan bagi penggunaan minimum sistem atas pentas sedang dipertimbangkan.

Sementara menunggu kelulusan penuh, Istana Budaya merancang menganjurkan pelbagai persembahan berskala sederhana dan telah mengenal pasti 17 program untuk dilaksanakan tahun ini.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU