Istanbul tahan 6,000 migran

ISTANBUL: Tindakan keras membanteras migran tidak berdaftar menyaksikan 6,000 ditangkap termasuk warga Syria dalam masa dua minggu, kata Menteri Dalam Negeri pada Rabu.

Baru-baru ini terdapat kebimbangan baru-baru ini tentang laporan pelarian Syria dihantar kembali ke Syria, selepas dipaksa menandatangani borang persetujuan yang mereka tidak fahami di Turki.

Menteri terbabit menafikan dakwaan tersebut.

“Kami menjalankan operasi sejak 12 Julai… Kami menangkap 6,122 orang di Istanbul, termasuk 2,600 warga Afghanistan,” kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu kepada stesen TV NTV. Menurut beliau, warga Syria adalah sebahagian daripada kumpulan itu, tanpa menyatakan bilangan mereka.

“Apabila kami menangkap orang Syria yang tidak didaftarkan, kami menghantar mereka ke kem pelarian,” katanya menyebut sebuah kem di wilayah sempadan Turki, Hatay.

Bagaimanapun, beliau berkata sebilangan warga Syria memilih untuk kembali ke negara asalnya “secara sukarela” ke kawasan pertempuran sudah reda.

Terdapat lebih 3.5 juta pelarian Syria di Turki, jumlah tertinggi di dunia.

Kebanyakan mereka mempunyai permit “perlindungan sementara” tetapi ia menyekat mereka daripada pergi ke wilayah mereka didaftarkan.

Tindakan keras semasa menyasarkan mereka yang tinggal di Istanbul tanpa permit tinggal untuk tinggal di bandar.

Gabungan NGO Syria pada Isnin mengatakan lebih 600 warga Syria (kebanyakannya permit perlindungan dikeluarkan di wilayah lain) ditangkap di Istanbul minggu lepas dan dihantar pulang ke Syria, dan bukannya wilayah mereka yang ditempatkan.

Tindakan keras itu dirancang oleh pejabat gabenor Istanbul, yang dikendalikan oleh kerajaan pusat di Ankara.  – AFP