ARTIKEL

Isteri mangsa serangan buaya dibantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mangsa disambar buaya di Seduku Ili, semalam, Adun Lingga Simoi Peri turun padang menghulurkan bantuan.

Beliau yang turut bersimpati dengan kejadian menimpa keluarga mangsa, menghulurkan sumbangan kepada isteri mangsa.

“Sebaik sahaja saya mengetahui berita Kong Gindi dari Seduku Ili dibaham buaya pada 9 pagi ini, saya segera ke sini untuk menemui keluarganya.

“Sumbangan dihulurkan untuk membantu membeli minyak petrol dalam usaha mencari mangsa.

“Minyak petrol itu digunakan oleh penduduk kampung untuk operasi mencari,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berharap keluarga mangsa tabah menerima dugaan dan semoga usaha pencarian ini dipermudahkan.

“Kini usaha pencarian mangsa sedang giat dilakukan oleh Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Angkatan Pertahanan Awam termasuk penduduk kampung,” jelasnya.

Dalam kejadian pagi semalam, mangsa dibaham buaya ketika sedang membersih perahu di pangkalan kawasan rumah panjang mereka.

Mangsa diheret ke tengah sungai dan kejadian ini disaksikan oleh salah seorang penduduk yang turut berada di tempat kejadian.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan