ARTIKEL

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Dataran Parlimen, hari ini.
| BERNAMA

Istiadat Keberangkatan Balik yang tidak dapat dilupakan – Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini sebagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat memastikan kelancaran istiadat perjalanan itu, yang jelas menyentuh hati serta perasaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

“Sambutan keberangkatan pulang bagi saya hari ini cukup ‘memorable’ dari Istana Negara ke Parlimen seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pelbagai petunjukan kebudayaan. 

“…dan saya tiba di Kuantan dengan perasaan cukup terharu.

Macam tidak percaya ini hari terakhir saya sebagai Yang di-Pertuan Agong,” titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Tengah Hari Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. 

Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong dan paduka-paduka anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU