ARTIKEL

Kusyairi berucap pada Majlis Pelancaran Bengkel Kompos Dari Rumah sempena Kempen Ke Arah Sifar Sisa Makanan Menjelang 2030 di Kampung Naie Lama, Samarahan, hari ini. - Foto: UKAS

Isu pembuangan sisa makanan berlebihan perlu ditangani segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Isu pembuangan sisa makanan berlebihan perlu dipandang serius dan ditangani segera ekoran impaknya terhadap alam sekitar.

Sekitar rakaman kenangan pada program tersebut.

Pemangku Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Kusyairi Bostani, berkata jumlah sisa makanan pada hari ini kian meningkat hingga menimbulkan masalah pencemaran tanah, bau dan kebakaran di tempat pelupusan sampah.

Justeru, beliau menyeru masyarakat supaya mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan pembuangan sisa makanan melalui aktiviti pembuatan baja kompos bermula dari rumah masing-masing.

“Kesedaran awam terhadap isu ini masih lagi rendah kerana kita dapat melihat jumlah sisa makanan tetap meningkat dari tahun ke tahun.

“Ini memerlukan usaha secara komprehensif dan menyeluruh untuk mencapai sasaran sifar sisa makanan melalui usaha penduduk kampung mengasingkan sisa domestik dari rumah menggunakan teknologi yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Bengkel Kompos Dari Rumah sempena Kempen Ke Arah Sifar Sisa Makanan Menjelang 2030 yang berlangsung di Kampung Naie Lama di sini, hari ini.

Sekitar rakaman kenangan pada program tersebut.

Tambahnya, sisa makanan yang dibuang di Kota Samarahan sahaja telah mencecah 43,000 tan metrik pada 2021, dan berkemungkinan semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

Menurutnya, selain menjaga kelestarian alam sekitar, pembuatan kompos dari rumah ini juga dapat menjana pendapatan tambahan kepada penduduk kampung kerana hasil kompos berkenaan dapat dijual kepada pembeli.

“Penduduk yang berupaya memproses dan menjualnya kepada kompleks baja organik ini mampu menjana pendapatan hingga RM5,000 per 10 tan metrik.

“Sekiranya mereka dapat membekalkan 10 kali dalam tempoh setahun, maka mereka berjaya menjana sebanyak RM50,000 setahun,” ujarnya.

Program anjuran LCDA bersama Persatuan Pembangunan Wanita Muara Tuang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Naie itu berjaya menghimpunkan seramai 150 peserta dari lapan kampung merangkumi Kampung Mang, Kampung Empila, Kampung Niup, Kampung Tanjung Tuang, Kampung Melayu, Kampung Naie Lama, Kampung Bangka Semong dan Kampung Nakong.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan