ARTIKEL

Isu potong gaji: Pekerja kesihatan Jepun mogok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Pekerja kesihatan yang melancarkan mogok di sebuah hospital di luar Tokyo memberi amaran bahawa potongan gaji  yang bakal dilakukan semasa pandemik Covid-19 ini akan mendatangkan risiko kepada pesakit.

Kakitangan hospital do Hospital Funabashi Futawa merupakan yang pertama melancarkan protes selepas jumlah bonus musim panas mereka di kurangkan.

Mereka mengadakan mogok selama sehari pada minggu lalu. Kesatuan Pekerja hospital tersebut yang meliputi doktor, jururawat, pakar rehabilitasi dan staf lain juga merancang melakukan tunjuk perasaan berterusan, namun mereka masih menjalankan tanggangjawab menjaga pesakit sepanjang protes mereka.

Salah seorang doktor, Doktor Yuko Yanagisawa menceritakan kesukaran dilalui pekerja hospital itu sepanjang musim bunga, malah mereka terpaksa membuat pelitup muka dengan duit sendiri dan akhirnya mendapat tahu bahawa bonus musim panas mereka akan dipotong.

Hospital dan klinik mula mengurangkan bonus pekerja mereka selepas orang ramai tidak lagi datang ke hospital untuk mendapat rawatan rutin mereka kerana pandemik Covid-19. Dua pertiga hospital di Jepun kini beroperasi dalam defisit kewangan.

Berikutan itu kira-kira satu pertiga daripada institusi perubatan Jepun terpaksa memotong bonus musim panas pekerja mereka, menurut Kesatuan Pekerja Perubatan Persekutuan Jepun. – AFP

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU