Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Isu sosial belia Sarawak semakin membimbangkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Karim menunjukkan dokumen ucapan penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan bersama agensinya dan badan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan usaha bersepadu dalam mengurus dan mengurangkan isu sosial yang melibatkan belia.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia memandangkan isu sosial dalam kalangan belia di Sarawak telah menjadi isu yang semakin membimbangkan.

“Antara isu sosial yang melanda remaja Sarawak hari ini adalah dalam kes jenayah seperti gangsterisme, salah laku seksual, tingkah laku penentangan dan sebagainya, termasuk kes narkotik (penyalahgunaan dadah) dan kes komersial (scam, jenayah siber, penipuan).

Karim menunjukkan dokumen ucapan penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

“Berdasarkan data statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2022, sebanyak 670 kes jenayah komersial adalah melibatkan belia dan ini menunjukkan kritikalnya masalah ini di Sarawak,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Selain itu, Karim berkata pengangguran juga menyumbang kepada isu sosial belia terutamanya semasa wabak Covid-19, yang telah menyebabkan seramai 4,037 orang di Sarawak kehilangan pekerjaan.

“Berdasarkan Laporan Tinjauan Tenaga Buruh 2021, terdapat 576,000 secara keseluruhan orang menganggur di Sarawak.

“Semasa suku ketiga 2022, kira-kira 429,000 orang Sarawak menganggur,” katanya.

Dalam pada itu, Karim berkata Kerajaan Sarawak juga amat prihatin terhadap penyalahgunaan dadah dan substan yang semakin menular dalam kalangan belia.

Katanya berdasarkan statistik PDRM pada suku ke-3 2022, terdapat 6,665 belia terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Kita perlu melakukan segala yang termampu untuk memperkasakan belia sekali gus menangani masalah dadah secara holistik.

“Kita mesti melihat perkara ini dan merancang masa depan yang sesuai untuk belia supaya mereka tidak akan terlibat dalam aktiviti tidak sihat ini.

“Oleh itu, lebih banyak inisiatif dan kerjasama strategik diperlukan daripada pelbagai pihak,” katanya.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News