BINTULU: Isu tanah runtuh yang berlarutan lebih setahun di Taman Belle Hill perlu ditangani segera tanpa sebarang kelewatan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, baki pembinaan tembok penahan yang belum disiapkan perlu dipercepat bagi mengelakkan risiko keselamatan yang lebih serius terhadap penduduk, terutama ketika hujan lebat.
“Menurut laporan, kira-kira 40 meter bahagian tembok penahan masih belum disiapkan. Bagaimanapun, pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung April ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di aplikasi Facebook pada Rabu (9 April).
Ujarnya lagi, daripada pemerhatian di tapak dan maklum balas penduduk, bahagian tembok yang telah siap terbukti berkesan dan tiada kejadian hakisan atau tanah runtuh berlaku di kawasan itu.
Justeru, belia memaklumkan bahawa BDA mengarahkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat kerja-kerja pembinaan agar kejadian tidak berulang dan keselamatan penduduk terjamin.
Tiong turut memaklumkan bahawa pemaju projek perumahan bersebelahan berjanji membantu membaiki rumah penduduk yang terjejas selepas kerja-kerja pembinaan selesai.


