ARTIKEL

Isuzu bakal perkenalkan trak pikap kos rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Isuzu Malaysia bakal memperkenalkan model trak pikap rendah kos, Isuzu D-Max Low-Ride 4×2 MT, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan cekap kos dan boleh dipercayai.

Model ini disasarkan untuk kegunaan perniagaan di kawasan bandar, menawarkan ruang luas dan kos penggunaan yang rendah untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.

D-Max Low-Ride berkongsi spesifikasi dengan D-Max 1.9 liter Single Cab, dilengkapi enjin RZ4E-TC 1.9 liter dan kotak gear manual enam-kelajuan.

Unit penjana kuasa ini telah membuktikan kecekapannya dengan perjalanan sejauh 2,000 km menggunakan satu tangki diesel, layak tersenarai dalam buku rekod.

“Isuzu terus menawarkan kenderaan yang memberi nilai terbaik dan kos penggunaan yang rendah.

D-Max Low-Ride ini direka untuk memberikan prestasi tinggi dengan kos penyelenggaraan yang rendah,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Dengan ketinggian ruang kargo 78 cm, Isuzu D-Max Low-Ride memudahkan pengguna mengangkut muatan.

Ruang kabinnya luas dan selesa, sesuai untuk membawa lima penumpang atau kelengkapan kerja.

Walaupun harga mampu milik, Isuzu D-Max Low-Ride tidak mengorbankan keselesaan dan keselamatan.

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti ABS, EBD, dua beg udara, dan menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP.

Pemilik perniagaan kini boleh menempah Isuzu D-Max Low-Ride dalam warna Splash White melalui pengedar sah Isuzu.

Serahan dijadualkan bermula Februari 2025, dengan harga RM92,199.20 (Semenanjung) dan RM94,279.60 (Sabah) serta RM94,170.30 (Sarawak).

Tempoh jaminan adalah lima tahun atau 150,000 km.

Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau Facebook Isuzu D-Max Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan