ARTIKEL

Photo: Freepik

Itali kenakan denda terhadap agensi pelancongan, borong tiket Colosseum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROM: Pihak berkuasa persaingan Itali mengenakan denda keseluruhan berjumlah EUR20 juta (US$22 juta) terhadap sebuah agensi tiket dan beberapa agensi pelancongan dari dalam dan luar negara kerana memborong tiket ke Colosseum dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi.

Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), syarikat-syarikat terbabit didapati menggunakan “bot” dan sistem automatik lain untuk membeli tiket masuk ke Colosseum dan kawasan arkeologi sekitarnya dalam jumlah besar.

Tindakan itu menyebabkan pelawat biasa sukar mendapatkan tiket rasmi, sebaliknya terpaksa membayar lebih untuk pakej yang merangkumi laluan pantas (skip-the-line) atau membayar pemandu pelancong.–Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU