ARTIKEL

ITF Women World Tennis W15 tawar wang tunai 15,000 USD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 65 wakil dari seluruh negara bakal berentap dalam kejohanan International Tennis Tour (ITF) World Tennis Women W15 pusingan 3 di Kuching bermula 28 Februari hingga 5 Mac depan.

Kejohanan itu bakal menyaksikan Jepun mendahului jumlah peserta paling ramai iaitu 16 orang diikuti China seramai 14 peserta, selepas itu seramai enam peserta dari negara India.

Antara negara yang turut mengesahkan kelayakan iaitu Australia, Francis, Jerman, Indonesia, Iran, Itali, Korea, Madagascar, Filipina, Rusia, Singapura, Sepanyol, Sri Lanka, Switzerland, Taipei, Ukraine dan Amerika Syarikat.

MULA…Abdul Karim (tengah) menunjukkan kenyataan jumlah pemain-pemain yang telah melayakkan diri ke kejohanan ITF World Tennis Women W15 yang akan berlangsung di Kuching bermula hujung Februari 2023.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, temasya antarabangsa itu merupakan yang kedua selepas kali terakhir diadakan di Sarawak pada 15 tahun lalu.

“Dijangka seramai lebih 100 pengunjung termasuk daripada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan pihak pengurusan dari negara luar akan berkunjung ke Sarawak.

“Kita telah menyediakan hadiah berupa wang tunai berjumlah 15,000 USD secara keseluruhan yang akan menanti para pemenang,” katanya dalam sidang media berkaitan perkara terbabit di Tingkat 17 Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Karim mendedahkan terdapat tiga kejohanan besar tenis yang akan diadakan sejurus selepas tamatnya ITF Tennis Women W15 itu kelak.

Tiga kejohanan itu ialah Piala Premier Sarawak ITF World Tennis Tour Juniors J300 (J1) bermula 14 Mac hingga 19 Mac 2023.

Manakala dua lagi kejohanan ialah Kejohanan ITF World Tennis pasukan junior wanita bawah 14 tahun (U-14) dan ITF World Tennis pasukan junior lelaki U-14 masing-masing diadakan pada 20-26 Mac dan 27 Mac hingga 2 April 2023.

Sementara itu, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew berkata, keempat-empat kejohanan antarabangsa itu merupakan acara direkodkan bermula awal tahun sehingga pertengahan tahun 2023.

“Kita telah menerima beberapa mesej permohonan daripada negara luar yang memohon untuk datang ke Sarawak bagi melakukan sesi latihan di pusat latihan tenis di sini.

“Ini adalah berita baik buat tenis Sarawak dan juga kepada para peminat sukan tenis kerana di situ kita sedikit sebanyak dapat mengambil pengalaman daripada pemain-pemain yang mempunyai ranking terbaik dunia,” ujar beliau.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU