ARTIKEL

Ivan Gunawan

Ivan Gunawan tunai umrah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kesibukan dengan tuntutan kerja tidak menghalang pengacara dan selebriti Indonesia, Ivan Gunawan, meluangkan masa menunaikan ibadah umrah selama tiga hari dua malam.

Meskipun mengakui keadaan fizikalnya agak lemah akibat jadual yang padat dan kekurangan tidur, Ivan tetap bersyukur kerana diberi kesempatan mengunjungi Mekah.

Menurutnya, perjalanan itu tidak dirancang lebih awal berikutan komitmen kerjaya yang membataskan tempohnya berada di Tanah Suci.

“Saya menunaikan umrah, masya-Allah, selama tiga hari dua malam.

Saya bersyukur kepada Tuhan dan sangat gembira.

“Kalau ada yang bertanya sama ada badan saya remuk atau tidak, sudah tentu remuk dan sangat letih.

Saya hanya sempat tidur sebentar,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita Indonesia.

Bagi Ivan, kesempatan menunaikan umrah di tengah-tengah kesibukan bekerja merupakan pengalaman yang amat bermakna biarpun terpaksa berdepan dengan keletihan fizikal.

Beliau turut menggunakan kesempatan berada di hadapan Kaabah untuk memanjatkan doa, termasuk memohon agar urusan kehidupan peribadinya dipermudahkan.

Ivan berkata, tempoh perjalanan yang singkat itu bagaimanapun tidak mengurangkan rasa syukurnya kerana dapat melaksanakan ibadah di Tanah Suci.

“Saya pergi untuk meluangkan masa. Saya tidak merancangnya dan saya juga tidak boleh tinggal lama,” katanya.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha