ARTIKEL

Jabatan Tanah Dan Survei digesa percepatkan proses pengukuran perimeter tanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) diseru mempercepatkan pengukuran perimeter di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) bagi pemilik yang belum diukur di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, ia bagi memudahkan Kerajaan Sarawak memulakan usaha untuk mengurangkan kemiskinan melalui aktiviti sosio-ekonomi.

“Saya kadang-kadang gagal memahami mengapa pemilik tanah walaupun memiliki tanah gambut yang subur kira-kira 262,606 ekar masih dalam kancah kemiskinan sedangkan mereka boleh menjadi komuniti agraria.

“Justeru itu saya percaya pemberian hak milik dan akses kepada bantuan kepada mereka boleh memberikan pengeluaran komersial lebih baik sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU