ARTIKEL

Jadi pencipta industri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bukan hanya berperanan untuk menawarkan program latihan kemahiran tetapi juga sebagai pencipta industri, kata Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, terdapat pelbagai program latihan yang ditawarkan oleh pusat tersebut termasuk dalam bidang minyak dan gas, teknologi fesyen, dan banyak lagi.

Katanya, untuk menyokong aspirasi ke arah tenaga hijau CENTEXS juga akan menawarkan latihan Sijil Smart Solar PV (Pensijilan oleh Huawei dan Solarvest); Sijil Mobiliti dan Penyimpanan Hijau (Pensijilan oleh Huawei dan Solarvest); Sijil Hidrogen Hijau (Pensijilan oleh Solarvest) serta Sijil Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk Perusahaan (Pensijilan oleh Intertek dan Ethos). 

“Untuk peluang kerjaya dalam bidang solar kita melihat ia sudah banyak di Semenanjung Malaysia termasuk dari segi pemasang dan jurutera. 

“Bagaimanapun, di Sarawak kita baru hendak memulakan teknologi ini dan CENTEXS juga mempunyai projek perumahan yang hendak dipasang sistem solar hidrogen ini. 

“Justeru, CENTEXS juga melihat sekiranya tiada pasaran besar kita perlu mencipta industri ini. Begitu juga dengan peluang kerjaya, kita perlu menciptanya,” kata beliau semasa temu bual eksklusif bersama Suara Sarawak, semalam. 

Tambahnya, CENTEXS juga mengeluarkan beratus-ratus tenaga mahir setiap tahun bahkan ada pelajar cemerlang yang ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar. 

“Selain itu, ada juga alumni CENTEXS khususnya dalam bidang minyak dan gas telah sudah mendapat pekerjaan di negara Timur Tengah bahkan ada yang sudah menjalankan perniagaan sendiri ketika ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa CENTEXS telah berjaya melahirkan 11,000 pelajar dalam tempoh kira-kira lapan tahun beroperasi. 

“Daripada jumlah tersebut kira-kira 5,200 daripada program latihan utama, 5,800 lagi latihan komuniti menerusi program dan kira-kira 250 melibatkan industri. 

“Kita banyak cerita kejayaan alumni ini dan 94 peratus pelajar program latihan utama yang ditawarkan CENTEXS sudah mendapat kerja,” jelasnya.

Untuk rekod, selain kampus induk di Kuching CENTEXS juga mempunyai kampus cawangan di Lawas, Betong, Lundu, Dalat dan Mukah yang menyediakan latihan mengikut keperluan di kawasan tersebut.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan