ARTIKEL

Jadikan nilai perpaduan sebagai aset utama negara-Agong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia untuk menegakkan perpaduan, sambil menekankan bahawa perpaduan adalah bermula dari rumah.

Bertitah pada majlis sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Tebingan Sungai (Waterfront) Kuching, hari ini, Baginda berkata aspek berkaitan perpaduan ini perlu diutarakan kerana ia merupakan nilai penting di dalam negara.

“Semua rakyat seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai satu aset negara yang utama sekali demi masa hadapan.

“Dalam masa yang sama, kita harus mengurangkan perbezaan sesama kita sebagai rakyat Malaysia yang kita cintai, merapatkan jurang perbezaan kaum dan agama,” katanya.

Baginda juga bertitah bahawa dalam mengekalkan perpaduan ini, ia perlu selari dengan satu pepatah Inggeris iaitu ‘Charity start from home’ (kerja amal perlu bermula dari rumah).

Begitu juga dengan perpaduan, Baginda bertitah ia perlu dipupuk bermula dari rumah.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU