ARTIKEL

Jadikan pickleball sebagai sukan komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasrat untuk memperluas gaya hidup aktif melalui sukan kini mendapat suntikan baharu apabila Program Komuniti Pikabol dilancarkan secara rasmi sempena pembukaan Stadium Mini Balai Ringin.

Usaha tersebut juga mendapat sokongan penuh daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menerusi pelancaran tersebut, PIKABOL Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pickleball Kuching (KPA) komited untuk memperkenalkan sukan itu secara lebih meluas kepada masyarakat pelbagai lapisan umur dan latar belakang, khususnya di kawasan luar bandar menerusi pendekatan akar umbi dan program berterusan.

Pelancaran ini merupakan pencapaian penting dalam usaha memperkembangkan sukan pickleball sebagai sukan komuniti di seluruh Sarawak.

Pengarah Urusan PIKABOL Malaysia, Oscar Choo berkata Balai Ringin merupakan salah satu komuniti yang menerima sumbangan dua jaring pickleball daripada pihaknya.

Katanya, ia secara rasmi diterima oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap ADUN Balai Riningin, Datuk Snowdan Lawan dan banyak lagi akan menyusul.

“Perkara ini penting kerana matlamat kami adalah untuk mencetuskan gerakan akar umbi dan memberikan impak yang berkekalan di seluruh Sarawak,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara, Presiden KPA, Ruslan Bujang memberitahu bahawa program tersebut juga sejajar dengan misi KPA.

“Kami mengadakan demonstrasi di sini dan teruja untuk melahirkan lebih ramai pemain, terutamanya dalam kalangan belia,” ujarnya.

Dibangunkan dengan kerjasama KPA, Program Komuniti Pikabol bertujuan untuk menjadikan sukan tersebut lebih mudah diakses oleh masyarakat pelbagai peringkat umur dan latar belakang menerusi pendekatan akar umbi serta penglibatan yang inklusif.

Berpusat di Kuching, PIKABOL Malaysia menempatkan 16 gelanggang pickleball dalaman yang lengkap dan bersedia untuk menganjurkan kejohanan serta acara bertaraf antarabangsa sekali gus menjadikannya arena pickleball terbesar dan paling canggih di Sarawak.

BERITA LAIN

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu