Jaga imej Sarawak, Malaysia di luar negara

“APABILA anda berada di luar negara, anda bukan sahaja mewakili Sarawak, malah anda juga mewakili Malaysia.”Demikian pesanan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kepada para atlet Sarawak yang menyertai Kejohanan Arafura Games-Darwin 2019 di Australia.

“Lakukan yang terbaik, dan jangan jauhkan diri daripada mewakili Malaysia.“Sukan merupakan salah satu medium penyatuan utama seluruh rakyat Malaysia,” kata Karim.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen Sarawak di Bangunan Baitu Makmur semalam.

Sejumlah 16 atlet akan men-gibar cabaran Sarawak dalam kejohanan yang akan berlang-sung pada 26 April hingga 4 Mei depan.Atlet olahraga diwakili oleh Kong Chin Poh, Ngu Ing Biao, Ailenna Thipong, Vincent Lau, Michelle Wong, Jonah Chang, Grace Wong dan Mandy Goh.

Manakala acara renang diba-risi Hii Puong Hou, Hii Puong Wei, Zachary Tan, Job Tan, Ryan Yii dan Aden Yii. Sementara acara skuasy diwakili oleh Nathan Kueh dan Chloe Chieng.

Turut hadir ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Linda Ling, pegawai dan jurulatih.

Suara Sarawak